Secara ringkasnya, Yamada Tarou adalah tergolong dalam kalangan orang yang miskin. Namun dia memiliki kebijaksanaan yang sukar ditandingi dan belajar disekolah yang ternama dimana hanya anak-anak orang kaya sahaja yang belajar disitu. Yamada menjadi kegilaan gadis-gadis disekolah itu. Menariknya tentang Yamada ni, dia ni seorang yang kurang bersosial tetapi ramah. Tidak siapa yang tahu latarbelakang keluarga Yamada sebenarnya. Disebabkan tingkah laku yamada ni yang agak pelik sikit, telah mengundang rasa musykil kepada Mimura Takuya. Dia mula tertarik untuk mengetahui siapa sebenarnya Yamada Tarou. Akhirnya Mimura menjadi semakin rapat dengan Yamada.
Mimura banyak menolong Yamada. Dalam episod dua, Mimura mempelawa Yamada bekerja selama tiga hari dirumahnya kerana pada ketika itu Yamada ingin membayar yuran kelab besbol adiknya. Prinsip keluarga Yamada ialah tidak akan meminjam wang daripada sesiapa. Justeru itu, dia bersetuju menjadi pembantu rumah di rumah Mimura Takuya.
Dalam cerita komedi ni ada seorang gadis berkedudukan sederhana meminati Yamada. Gadis itu ialah Ikegami Takako. Menarik tentang Takako ni, dia ni suka berangan yang keterlaluan. Dia selalu berangan menjadi isteri orang kaya dan hidup senang lenang bersama Yamada. Ada dalam salah satu episod dimana dia mengetahui latar belakang sebenar Yamada Tarou yang bukan seperti yang di angankan. Setelah itu dia kecewa dan telah bertemu dengan seorang pelukis jalanan. Akibat salah faham, dia menganggap pelukis itu adalah orang kaya dan suka mengembara keluar negara untuk melukis. Yang kelakarnya dia terus jatuh cinta dengan pelukis itu sehinggalah dia mengetahui pelukis itu adalah bapa Yamada Tarou. Sekali lagi dia kecewa.
Namun begitu, Ikegami Takako masih menyukai Yamada malah ibubapanya sendiri turut sukakan Yamada Tarou dan gembira apabila Yamada adalah kawan Takako. Ibunya mengenali Yamada ketika dia bersama-sam berebut daging bakar yang dijual pada harga promosi.
Walaubagaimanapun, Ikegami Takako masih belum meluahkan perasaannya kepada Yamada. Tambahan lagi, Yamada ni tidak langsung menunjukkan minat pada perempuan. Apa yang penting dalam hidupnya adalah keluarganya. Sebab itu dia tidak mengambil tahu tentang percintaan.
Akhirnya, mereka bertiga melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Banyak lagi adengan yang melucukan dalam drama ni. Tidak hairanlah drama ni popular di Jepun.
#Drama ni aku bagi 9.1/10
No comments:
Post a Comment